Sepintas lalu...

Saturday, October 20, 2007

Dapatan kajian di Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh

Pada 1,2 & 3 September 2007 pelajar SKAD 3193 Demografi & Pembangunan telah menjalankan kajian tentang kesan banjir di Kampung Kelantan, Kampung Tembioh di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah memilih tajuk berkenaan migrasi penduduk selepas banjir. kajian ini ingin melihat sama ada penduduk di kedua-dua kampung tersebut memilih untuk berpindah ke kawasan lain atau ingin menetap di kawasan kediaman mereka.

Daripada soal selidik yang dijalankan ke atas responden di Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan, didapati kurang berlakunya migrasi di kalangan penduduk kampung tersebut. Namun begitu, responden yang ditemu bual tidak menafikan bahawa mereka diselubungi kebimbangan setap kali hujan turun kerana takut kemungkinan berlaku lagi banjir besar.

Hampir keseluruhan penduduk di kawasan tersebut telah menetap di kampung ini untuk satu tempoh yang lama. Ada diantaranya yang telah menetap selama 24 hingga 40 tahun di situ. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penduduk di situ tidak berpindah dari kawasan tersebut. Selain itu, tapak rumah yang didiami setiap penduduk adalah hak milik persendirian yang nilainya amat tinggi bagi mereka yang telah lama menetap di situ. Responden memberi tahu bahawa mereka mungkin akan menimbangkan cadangan untuk berpindah sekiranya kerajaan menawarkan rumah yang berpatutan dan membayar harga yang setimpal ke atas harga tanah yang diduki mereka.

Dari segi bantuan pula, responden memberitahu bahawa tiada masalah berkaitan perkara tersebut. Bantuan makanan dan pakaian yang diterima mencukupi. Wakil-wakil kerajaan dan pihak swasta telah datang melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan. Kerajaan telah meberikan bantuan kewangan sebanyak RM1,100 bagi setiap keluarga yang telibat dalam banjir besar ini.

No comments: