Banjir ialah keadaan air yang menggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir merupakan satu geobencana pasif iaitu bencana yang berkaitan dengan aktiviti manusia. Banjir berlaku pada kepantasan sederhana tetapi mempunyai saiz bencana yang besar. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.
Saturday, October 20, 2007
Apa itu banjir?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Banjir merupakan keadaan di mana paras air melebihi takat biasa. Banjir berlaku apabila hujan turun dalam kuantiti yang banyak tetapi saliran yang ada tidak dapat menampung air tersebut terutamanya apabila banyak sistem saliran dan sistem takungan air yang kini kebanyakannya sudah dimusnahkan.
k la gud luck for final exam.
Assalamualaikum & Selamat Ari Raya Maaf Zahir & Batin
Post a Comment