Sepintas lalu...

Saturday, October 27, 2007

TREND PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA MASA KINI

1. Pertumbuhan penduduk dunia hari ini, khususnya di kalangan negara sedang membangun amatlah pesat
2. Pertumbuhan penduduk yang cepat ini boleh mendatangkan kesan negatif ke atas pengeluaran bekalan makanan untuk menampung keperluan penduduk.

Tahun Bilangan penduduk dunia
1975 - 4 bilion
1990 - 5.3 bilion
2000 - 6.3 bilion
2025 - 8.5 bilion (anggaran)

3. Pertumbuhan penduduk yang pesat ini berlaku di negara-negara Asia dan juga Afrika
4. Kegagalan mengawal pertumbuhan penduduk yang pesat ini boleh mendatangkan masalah kemiskinan, pekerjaan dan juga masalah bekalan makanan yang mencukupi.
5. Antara penyelesaian kepada masalah pertumbuhan penduduk yang pesat:
(a) Menaikkan status wanita
(b) Peningkatan mutu kesihatan
(c) Pengalaman perancangan keluarga
(d) Pendidikan kepada kaum wanita


Taburan Penduduk Dunia
1. Pertumbuhan penduduk dunia pesat selepas Perang Dunia Kedua
2. Mulai tahun 1975, pertumbuhan penduduk dunia berjumlah 4 bilion orang dan menjelang tahun 1950 meningkat ke 5.3 bilion. Pada Oktober 2000, penduduk dunia meningkat ke angka 6 bilion
3. Didapati 95% daripada pertambahan ini berlaku di negara sedang membangun
4. Pada tahun 1994, laporan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan dalam tahun 1990-an penduduk dunia bertambah 90-100 juta orang setahun
5. Laporan yang sama pada tahun 2000-an, penduduk dunia akan meningkat ke 6.3 bilion yang mana 3.7 bilion terdapat di Asia. Menjelang tahun 2050 pula dianggarkan penduduk Asia akan mencecah 5.2 bilion orang. Sebaliknya dalam tempoh yang sama, benua Eropah mengalami pengurangan penduduk sebanyak 100 juta orang.
6. Tabung Kependudukan bangsa-Bangsa Bersatu sebaliknya melaporkan sejak dua dekad yang lalu pertambahan penduduk menurun:
1965 - 1970 = 2.04%
1970 - 1995 = 1.46%
1995 - 2000 = 1.3%

7. Kejatuhan kadar pertambahan penduduk dunia disebabkan oleh kejatuhan menyeluruh jumlah kadar kesuburan (Total Fertility Rate) di seluruh negara.
8. TFR ialah ukuran purata perempuan melahirkan anak sebelum putus haid.
9. Dianggarkan 97% daripada pertambahan penduduk dunia berlaku di negara sedang membangun, terutamanya di Asia, di mana China dan India masing-masing menyumbangkan 21% dan 15%.


kelajuan pertumbuhan penduduk lebih tinggi di negara sedang membangun (merah) berbanding dengan negara maju (biru)

pertumbuhan penduduk pada abad ini

peta kepadatan penduduk dunia

Analisis responden mengenai migrasi penduduk kesan daripada banjir

Responden 1

Mariam (bukan nama sebenar) berumur 72 tahun, berbangsa melayu dan telah di Kampung Kelantan sejak dilahirkan lagi dan merupakan penduduk tetap. Beliau mempunyai 4 buah rumah sewa yang disewakan kepada orang lain. Menurut beliau, banjir yang berlaku pada akhir Disember 2006 dan awal Januari 2007 merupakan banjir yang paling besar yang pernah dialami olehnya. Apabila hujan mula turut, tergambar di wajahnya kebimbangan petanda banjir besar akan berulang kembali. Apabila ditanya sama ada beliau pernah berhijrah ke kawasan lain beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah kemana-mana kerana lebih selesa dengan persekitaran di Kampung Kelantan. Walaupun banjir kerap kali melanda di kampung tersebut, beliau tetap tidak berubah pendirian. Keadaan beliau yang uzur menyebabkan beliau lebih selesa menghabiskan keringat dan masa di kampung tersebut.



Responden 2

Suraya (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun, beragama Islam dan merupakan suri rumah tangga. Suraya tinggal bersama suami, anak-anak dan ibu mertua. Suami Suraya bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan lebih kurang RM 1000 sebulan. Keluarga Suraya menyewa di Kampung Kelantan dan telah menetap selama 3 tahun. Menurutnya, mereka sekeluarga mula menetap di Kampung Kelantan adalah kerana mengikut suaminya yang bekerja di kampung tersebut. Sebelum ini di tempat asal, suaminya bekerja sebagai nelayan dan pendapatan yang diterima tidaklah begitu menggalakkan kerana kos yang terlalu tinggi menyebabkan mereka sekeluarga berhijrah ke Kota Tinggi. Sebelum berlaku banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal 2007 kerugian yang dialami tidaklah begitu besar dan banyak peralatan yang masih lagi boleh diselamatkan tetapi apabila banjir besar berlaku, mereka sekeluarga telah banyak mengalami kerugian dan mendatang kesulitan. Apabila di tanya sama ada ingin berpindah ke tempat lain, Suraya menyatakan tidak mahu berpindah kerana tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyewa ke tempat lain di samping menyukarkan anak-anaknya untuk mencari sekolah baru. Selain itu, hubungan yang erat antara penduduk yang sentiasa menolong antara satu sama lain menyebabkan Suraya lebih selesa berada di kampung tersebut. Walaupun banjir di kampung tersebut telah banyak menyebabkan kemusnahan tanaman, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki.



Responden 3

Fatimah (bukan nama sebenar) berumur 40 tahun, bekerja sebagai operater. Telah menetap di Kampung Kelantan selama 20 tahun tinggal di rumah sewa. Pada 20 tahun yang lalu beliau telah menetap di kampung seberang sungai Kelantan. Fatimah telah berpindah ke Kampung Kelantan kerana inginkan pekerjaan yang lebih baik untuk menampung kehidupannya, kalau dahulu di kampung seberang Fatimah sukar mendapatkan peluang pekerjaan kerana ketiadaan pekerjaan yang menjamin hidup di kampung tersebut. Fatimah juga terpaksa menaiki bot untuk berulang alik dari rumah ke pekan untuk mendapatkan barang-barang. Oleh itu dia memutuskan untuk ke Kampung Kelantan mendapatkan pekerjaan yang menjamin hidupnya. Fatimah juga turut terlibat dalam bencana banjir yang melanda Johor baru-baru ini. Banyak kemusnahan harta bendanya akibat banjir tersebut. Bagaimanapun dia tidak berpindah keluar kesan daripada banjir tersebut kerana Fatimah telah serasi dengan Kampung Kelantan dan punca rezekinya juga berada di pekan kampung tersebut. Fatimah tidak berpindah keluar kesan daripada banjir juga kerana pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman yang dipohon oleh Fatimah untuk membeli rumah baru. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus menetap menyewa di Kampung Kelantan.


Responden 4

Hashim (bukan nama sebenar), berumur 52 tahun, telah menyewa di Kampung Tembioh sudah mencecah 17 tahun. Bekerja sebagi kontraktor, Hashim juga turut menerima kesan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi terutamanya di Kampung Tembioh. Semua harta bendanya turut termusnah dalam bencana banjir tersebut, iaitu kerugian harta benda dalam RM 8000. Keretanya telah meninggalkan kesan lengkuk akibat terbalik dan di langgar oleh perahu penyelamat yang lalu lalang semasa banjir. Dia menyatakan ingin berpindah akibat daripada kesan banjir, walaubagaimanapun Hashim masih sayangkan Kampung Tembioh dan penduduk di kawasan tersebut kerana memandangkan beliau telah lama tinggal di Kampung Tembioh. Beliau telah mendapat bantuan makanan dan kewangan sebanyak RM 2000 akibat bencana tersebut. Menurutnya kesan daripada banjir di Kampung Kelantan juga tiada mendatangkan masalah penyakit berjangkit. Tetapi kaum ibu telah mengalami sedikit trauma akibat banjir tersebut.


Responden 5

Zainab ( bukan nama sebenar), bekerja sektor informal iaitu menjual kuih-muih dan nasi lemak. Yang menariknya responden ini merupakan satu-satunya penduduk yang baru berpindah masuk ke Kampung Tembioh empat bulan yang lalu, iaitu lebih kurang lima bulan selepas banjir besar melanda di Kampung Tembioh. Zainab berpindah ke Kampung Tembioh kerana mengikut suami bekerja di Kota Tinggi. Rumah yang Zainab duduki sekarang adalah rumah berkos rendah manakala keadaan atapnya pula yang bocor dan terdapat dinding yang pecah. Kesan daripada banjir tersebut menyebabkan keadaan rumah yang tidak selesa manakala aduan yang di buat kepada tuan punya rumah tidak dihiraukan langsung. Oleh itu, Zainab menyatakan jika banjir besar melanda lagi Kampung Tembioh ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk berpindah keluar lagi ke kawasan lain yang lebih selamat.

Saturday, October 20, 2007

Peta daerah Kota Tinggi


Daerah Kota Tinggi terletak di Pantai Timur negeri Johor serta 65 peratus daripada daerah ini adalah dikelilingi laut. Daerah Kota Tinggi ini terletaknya Lembangan Sungai Johor dan Lembangan Sungai Sedili. Pusat bandar bagi daerah ini adalah Bandar Kota Tinggi yang sedang pesat membangun. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi adalah sejauh 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Kota tinggi mempunyai keluasan daerah sebanyak 3488.7 kilometer persegi luasnya.

Dapatan kajian di Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh

Pada 1,2 & 3 September 2007 pelajar SKAD 3193 Demografi & Pembangunan telah menjalankan kajian tentang kesan banjir di Kampung Kelantan, Kampung Tembioh di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah memilih tajuk berkenaan migrasi penduduk selepas banjir. kajian ini ingin melihat sama ada penduduk di kedua-dua kampung tersebut memilih untuk berpindah ke kawasan lain atau ingin menetap di kawasan kediaman mereka.

Daripada soal selidik yang dijalankan ke atas responden di Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan, didapati kurang berlakunya migrasi di kalangan penduduk kampung tersebut. Namun begitu, responden yang ditemu bual tidak menafikan bahawa mereka diselubungi kebimbangan setap kali hujan turun kerana takut kemungkinan berlaku lagi banjir besar.

Hampir keseluruhan penduduk di kawasan tersebut telah menetap di kampung ini untuk satu tempoh yang lama. Ada diantaranya yang telah menetap selama 24 hingga 40 tahun di situ. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penduduk di situ tidak berpindah dari kawasan tersebut. Selain itu, tapak rumah yang didiami setiap penduduk adalah hak milik persendirian yang nilainya amat tinggi bagi mereka yang telah lama menetap di situ. Responden memberi tahu bahawa mereka mungkin akan menimbangkan cadangan untuk berpindah sekiranya kerajaan menawarkan rumah yang berpatutan dan membayar harga yang setimpal ke atas harga tanah yang diduki mereka.

Dari segi bantuan pula, responden memberitahu bahawa tiada masalah berkaitan perkara tersebut. Bantuan makanan dan pakaian yang diterima mencukupi. Wakil-wakil kerajaan dan pihak swasta telah datang melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan. Kerajaan telah meberikan bantuan kewangan sebanyak RM1,100 bagi setiap keluarga yang telibat dalam banjir besar ini.

Apa itu banjir?

Banjir ialah keadaan air yang menggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir merupakan satu geobencana pasif iaitu bencana yang berkaitan dengan aktiviti manusia. Banjir berlaku pada kepantasan sederhana tetapi mempunyai saiz bencana yang besar. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

Friday, October 5, 2007

Tahukah anda?

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderkana uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut. Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan.



Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angindarurat’ telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.


Tuesday, July 31, 2007

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia

  1. kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad; 4.6% pada tahun 1990.
  2. faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:
  • peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang rendah, bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan; susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin; pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah
  • peningkatan dalam taraf hidup dan sosioekonomi - menikmati makanan berzat- menambahkan taraf kesihatan; kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
  • bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik ; bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod.
  • pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia - pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia RM3734 (1980).
  • peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia - memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS; belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut.
  • kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen; pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit; Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung.