Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang
Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam
bahasa Melayu dan beragama Islam.
Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.
Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum
Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum
India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Jadual di bawah menunjukkan populasi warganegara Malaysia.
No
Status
Kaum
Jumlah (orang)
Peratus
Bumiputera
Melayu
13.48 juta
54 %
Bumiputera
bukan melayu
2.93 juta
11.8 %
Bukan Bumiputera
Cina
6.22 juta
25 %
Bukan Bumiputera
India
1.86 juta
7.5 %
Bukan Bumiputera
Lain-lain
318.9 juta
1.7 %
Jumlah
24.8 juta
100 %
Lebih separuh populasi
Sarawak dan 66% populasi
Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama Kristian atau memeluk
Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "
Serani" dan Timur Tengah.
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.