Sepintas lalu...

Tuesday, July 31, 2007

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia

  1. kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad; 4.6% pada tahun 1990.
  2. faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:
  • peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang rendah, bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan; susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin; pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah
  • peningkatan dalam taraf hidup dan sosioekonomi - menikmati makanan berzat- menambahkan taraf kesihatan; kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
  • bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik ; bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod.
  • pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia - pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia RM3734 (1980).
  • peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia - memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS; belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut.
  • kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen; pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit; Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung.

Demografi di Malaysia

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.
Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.
Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Jadual di bawah menunjukkan populasi warganegara Malaysia.
No
Status
Kaum
Jumlah (orang)
Peratus
Bumiputera
Melayu
13.48 juta
54 %
Bumiputera
bukan melayu
2.93 juta
11.8 %
Bukan Bumiputera
Cina
6.22 juta
25 %
Bukan Bumiputera
India
1.86 juta
7.5 %
Bukan Bumiputera
Lain-lain
318.9 juta
1.7 %
Jumlah
24.8 juta
100 %

Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama Kristian atau memeluk Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah.
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.